*Tertakluk pada terma dan syarat, hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Hanya syarikat pengendali yang melabur dalam infrastruktur
yang membantu perniagaan anda!
Pejabat Khidmat membekalkan perniagaan kecil dan sederhana serta pejabat cawangan dengan infrastruktur dan capaian global yang setara dengan syarikat-syarikat multinasional. Perniagaan kecil tidak mampu memiliki infrastruktur yang diperlukan untuk bersaing dalam dunia digital hari ini. Mereka memerlukan fleksibiliti daripada menanggung kos dan risiko tinggi yang berkait dengan menyewa ruang pejabat tradisional. Di Servcorp, anda boleh meletakkan perniagaan anda di bangunan landmark dengan kelengkapan bertaraf 5 bintang, pasukan sokongan terlatih di lokasi dan teknologi IT & komunikasi bertaraf tinggi bersama perniagaan lain. Perbezaan kos adalah sangat ketara - Statistik telah membuktikan bahawa perniagaan kecil hingga sederhana yang beroperasi di pejabat kihdmat dengan kos operasi yang lebih rendah , mempunyai peluang 3 kali ganda untuk berjaya. Maka, pejabat khidmat adalah formula bagi perniagaan kecil dan berkembang untuk berjaya!
Sama ada skala perniagaan anda besar atau kecil, pejabat khidmat akan membolehkan anda berkembang dengan cepat dan mudah. Pejabat Khidmat Servcorp memberi anda fleksibiliti dan sokongan yang anda perlukan untuk berkembang, tanpa kos & komitmen ruang pejabat tradisional. Sama ada pasukan anda bekerja di pejabat atau anda telah biasa dengan gaya kerja hibrid, pejabat khidmat memberikan anda kemudahan yang terbaik dari kedua-dua pilihan ini.
Pejabat anda dilengkapi dengan perabot dan peralatan teknologi yang lengkap; sistem keselamatan IT yang diperlukan telah pun dipasang, Internet terpantas dalam industri tersedia serta-merta, dan anda boleh mengakses semua peralatan pejabat dan kemudahan mesyuarat yang diperlukan. Akses ke ruang kerja bersama yang besar, pantri serba lengkap, pondok telefon peribadi dan bilik mesyuarat yang boleh ditempah. Anda boleh menikmati persekitaran pejabat di mana pasukan anda boleh berkembang maju; Pasukan Servcorp mengendalikan wajah pejabat anda, panggilan anda, mel anda dan boleh membantu dengan tugas pentadbiran anda, supaya anda boleh fokus pada pertumbuhan dan penjanaan hasil perniagaan anda.
Hubungi Kami | Isnin-Jumaat 8:30~17:30
Hubungi Kami
Pejabat Khidmat Servcorp dilengkapi perabot penuh dan termasuk akses kepada kemudahan dan perkhidmatan sokongan kami, supaya anda boleh mengurangkan kos dan mula bekerja sebaik sahaja anda pindah masuk.
Dibina untuk mengendalikan pasukan bersaiz sederhana hingga besar. Termasuk akses ke kemudahan 5 bintang dan perkhidmatan sokongan kami.
Pejabat khidmat Servcorp dalam bandar dengan sokongan jarak jauh. Setiap pejabat boleh menyokong sehingga 10 ahli pasukan jarak jauh. Pekerja jarak jauh akan mendapat:
Hubungi Kami | Isnin-Jumaat 8:30~17:30
Hubungi Kami
Dengan Servcorp, anda boleh menjalankan perniagaan anda dari bangunan pejabat atau menara landmark bermutu tinggi di daerah perniagaan utama dengan kos yang jauh lebih rendah daripada sewaan pejabat. Kagumkan pelanggan anda, bina kepercayaan dan motivasikan pasukan anda sambil menjimatkan kos.
Jimat masa dan wang dengan membenarkan pasukan setiausaha terlatih kami mengendalikan panggilan anda, tugas pentadbiran, persediaan mesyuarat dan banyak lagi, supaya anda boleh fokus pada kerja penting.
Tidak perlu mengupah & melatih staf. Hanya bayar untuk perkhidmatan yang anda gunakan.
Lokasi Servcorp dilengkapi perabot kulit berkualiti tinggi, lantai granit dan karya seni asli. Tersedia dengan semua yang diperlukan oleh perniagaan, termasuk telefon CISCO, mesin fotostat, dapur serba lengkap dan banyak lagi. Kurangkan kos, bukan kualiti dan mula bekerja pada hari anda berpindah masuk!
Dapatkan akses segera kepada infrastruktur IT yang setara dengan sebuah syarikat multinasional yang besar. Pasukan IT dalaman kami tersedia untuk menyokong keperluan harian & mengendalikan kecemasan kritikal. Kekal berhubung dengan kelajuan Internet terpantas pada rangkaian selamat. Jangan sekali-kali terlepas panggilan penting - sistem telefon kami boleh menahan sebanyak 6 talian masuk, supaya panggilan anda tidak kedengaran sibuk.
Pendaftaran untuk Pejabat Khidmat di Servcorp adalah pantas dan mudah. Hanya perlu ikut 3 langkah mudah untuk menjadi ahli dan mula mengembangkan perniagaan anda.
Hubungi Kami | Isnin-Jumaat 8:30~17:30
Hubungi Kami
Anda mempunyai semua yang anda perlukan untuk mula menjalankan perniagaan anda sebaik sahaja anda berpindah masuk ke Pejabat Khidmat Servcorp. Untuk perniagaan bersaiz kecil hingga sederhana, kos untuk pejabat yang diservis jauh lebih berpatutan daripada kaedah tradisional, iaitu melabur dalam sewaan dan pemasangan pejabat sendiri. Ia boleh menjimatkan kos bulanan setinggi 60% berbanding dengan menubuhkan pejabat anda sendiri. Berbeza dengan ruang pejabat tradisional, anda akan mendapat pejabat yang lengkap , penggunaan infrastruktur IT global Servcorp dengan internet pantas dan selamat, rangkaian telefon IP perusahaan global dengan pelan panggilan percuma, akses kepada peralatan pejabat seperti mesin fotostat/pencetak/pengimbas dokumen, akses kepada dapur serba lengkap dan banyak lagi. Semua perkhidmatan seperti Bilik Mesyuarat dicaj berdasarkan bayar-selepas-diguna, jadi anda tidak akan membayar untuk perkhidmatan yang anda tidak pernah gunakan.
Servcorp juga mempunyai pasukan setiausaha profesional terlatih di setiap lokasi serta pasukan IT kami sendiri yang tersedia untuk menyokong perniagaan anda. Ahli pasukan yang berdedikasi mengendalikan segala-galanya, termasuk menjawab panggilan menggunakan nama syarikat anda serta mengurus mel dan kurier anda. Pasukan Servcorp menyediakan perkhidmatan melebihi apa yang ditawarkan di Pejabat Khidmat yang lain. Anda juga boleh memilih perkhidmatan tambahan, pasukan kami boleh melaksanakan pelbagai tugas untuk menyokong perniagaan anda, termasuk penyediaan pembentangan, kerja terjemahan, jurubahasa, membantu dengan panggilan jualan, menjadualkan janji temu dan banyak lagi.
Ketahui lebih lanjut tentang Servcorp's Pejabat Khidmat.
Sebagai pelanggan Servcorp, Pejabat Khidmat anda termasuk:
Kami mempunyai pelbagai saiz pejabat untuk memenuhi keperluan anda. Lazimnya, pejabat kami boleh memuatkan dari 1-10 orang tetapi juga boleh memuatkan seramai 20 orang atau lebih.
Tempoh minimum kontrak di Servcorp ialah sebulan.
Deposit sekuriti sebanyak 1-2 bulan akan dikenakan untuk kontrak Pejabat Khidmat. Deposit ini akan dikembalikan sepenuhnya dengan syarat sebarang bayaran tertunggak untuk kontrak ini telah dijelaskan.
Ya. Pelanggan Servcorp Pejabat Persendirian boleh mengakses mana-mana 150 lokasi Servcorp di seluruh dunia. Anda boleh menggunakan mana-mana lounge kerja bersama di luar bandar anda selama 3 jam sehari. Anda juga boleh menggunakan pejabat persendirian di bandar lain selama 5 hari sebulan apabila anda bekerja di luar lokasi asal anda (tertakluk kepada tempahan awal dan ketersediaan).
Kami percaya bahawa anda perlu datang melihat sendiri untuk memahami Servcorp dengan sepenuhnya. Sila minta satu lawatan dan kami dengan senang hati akan mengatur lawatan pejabat di lokasi yang sesuai untuk anda.
Terima jemputan ke acara rangkaian Servcorp di kawasan anda, pelancaran produk baru, laporan perniagaan dan tawaran istimewa
Pejabat servis terunggul di Malaysia