Terokai manfaat daripada perkhidmatan Pejabat Maya Servcorp dengan harga berpatutan dan ketahui bagaimana perniagaan anda boleh berkembang dengan penyelesaian dan pakej pejabat maya fleksibel kami.
Penyelesaian Pejabat Maya untuk Memaksimumkan Potensi Perniagaan Anda
Servcorp menawarkan penyelesaian pejabat maya fleksibel untuk perniagaan anda, dengan menyediakan sokongan pentadbiran harian dan keperluan kemudahan fizikal tanpa perbelanjaan yang besar, berterusan dan tidak diperlukan.
Nikmati semua perkhidmatan profesional yang anda jangkakan untuk perniagaan anda dengan kadar bulanan yang fleksibel, tanpa kontrak terikat dan tanpa deposit sekuriti.
Ketahui cara untuk mengelakkan perjanjian sewa yang tinggi, kos kakitangan dan perbelanjaan yang tinggi; dengan memilih salah satu pakej perkhidmatan pejabat maya kami, perniagaan anda mempunyai akses kepada perkhidmatan perniagaan utama yang pakar dan profesional apabila diperlukan.
- Bilik mesyuarat berkualiti 5 bintang, atas permintaan
- Penyelesaian dan kemudahan IT terkini
- Pasukan profesional, bermotivasi, dalaman menyediakan perkhidmatan korporat yang ketat
- Akses ke ruang kerja bersama di lebih 150 lokasi di seluruh dunia
Kembangkan perniagaan anda dengan akses berterusan ke kelengkapan dalaman yang bergaya, sokongan penyambut tetamu dan kesetiausahaan, serta alamat perniagaan tetap yang berwibawa dengan sebahagian kecil kos yang perlu dibayar bagi pejabat sepenuh masa.
Sebagai ahli komuniti korporat global Servcorp, anda juga boleh memanfaatkan kelebihan profesional utama seperti:
- Akses percuma ke stesen kerja peribadi di mana-mana ruang kerja bersama di seluruh dunia*
- Kontrak bulanan yang fleksibel dan mudah termasuk tempoh fleksibel bermula dari satu bulan
- Keahlian Servcorp Home Eksklusif yang merangkumi:
- Kawalan perkhidmatan anda pada masa nyata
- Akses ke portfolio alat perniagaan dalam talian
Perkhidmatan pejabat maya Servcorp adalah penyelesaian pintar dengan kerberkesanan kos untuk menguruskan butiran pentadbiran perniagaan anda.
*selama 3 jam sehari, tidak terkumpul